Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) nafi bertindak mencetak nama Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi Parlimen Pagoh kepada Mahiaddin baru-baru ini.

Kata Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah, nama yang akan dicetak pada kertas undi tersebut adalah seperti mana yang tertera pada ruangan 3 Borang 4 dan 4A yang telah diterima SPR iaitu ‘Tan Sri Muhyiddin Yassin’.

“Hasil semakan, dalam laman web SPR dan aplikasi My SPR Semak juga mendapati paparan nama yang tertera adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin melainkan nama dalam senarai Daftar Pemilih yang mengikut nama asal seperti mana di kad pengenalan beliau,” katanya dipetik sebagai berkata

Tambahnya SPR juga juga seperti dalam Borang 16 menggunakan nama penuh kepada pemenang kawasan-kawasan tertentu pada pilihan raya yang lalu.

“Sehubungan dengan itu, SPR berharap dengan penerangan ini ia dapat memberi penjelasan terhadap perkara yang dibangkitkan,” katanya. – MalaysiaGazette