Theresa May

LONDON – Kuasa-kuasa barat tetap komited terhadap perjanjian nuklear Iran – selepas Amerika Syarikat mengumumkan untuk menarik balik perjanjian itu.

United Kingdom, Perancis dan Jerman berkata, mereka akan “bekerjasama dengan semua pihak yang masih ada” dan mendesak Amerika Syarikat supaya tidak menghalang pelaksanaannya.

Rusia dan China yang turut menandatangani perjanjian 2015 – turut menyatakan sokongan.

Iran mengatakan ia berusaha menyelamatkan perjanjian itu tanpa penglibatan Amerika Syarikat.

“Kerajaan kita tetap komited untuk memastikan perjanjian itu dipertahankan an akan bekerjasama dengan semua pihak yang masih tinggal dalam perjanjian itu untuk memastikan perkara ini tetap berlaku,” kata Britain, Perancis dan Jerman dalam satu kenyataan bersama.

Selasa lalu, Presiden Iran, Hassan Rouhani berkata: “Saya telah memerintahkan kementerian luar negara untuk berunding dengan negara-negara Eropah, China dan Rusia pada minggu-minggu akan datang.

“Sekiranya kita mencapai matlamat perjanjian itu dalam kerjasama dengan ahli-ahli lain, ia akan kekal di tempat.”

Tindakan Pelan Komprehensif Bersama (JCPOA) diwujudkan bagi membanteras kegiatan nuklear Iran – sebagai balasan untuk menarik semila sekatan yang dikenakan oleh PBB, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah. – MalaysiaGazette