Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin keluar dari pintu utama Unit Kemasukan Pesakit Wad-wad selepas melawat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Rehabilitasi Cheras, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 13 MEI 2018
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin keluar dari pintu utama Unit Kemasukan Pesakit Wad-wad selepas melawat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Rehabilitasi Cheras, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 13 MEI 2018

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Johor tidak akan memberikan peruntukan kewangan terus kepada pembangkang sebaliknya akan membantu pembangunan infrastruktur rakyat kawasan pembangkang di negeri tersebut.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Menteri Besar Negeri Johor, Datuk Osman Safian telah diminta supaya memperbetulkan kenyataan awalnya bahawa kerajaan baharu itu tidak akan menyalurkan peruntukan kepada wakil rakyat Barisan Nasional di negeri itu.

Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu memberitahu, sebagai kerajaan prihatin juga memahami masalah rakyat PH harus melayan kehendak rakyat secara adil dan saksama termasuk kawasan-kawasan pembangkang yang perlu dibantu.

“Amanat telah diberikan rakyat yang sudah membuat keputusan muktamad supaya berlaku adil dan saksama tanpa mengira ideologi, latar belakang kaum dengan melayan kehendak rakyat termasuk di kawasan pembangkang.

“Bukan kawasan pembangkang tetapi rakyat di kawasan itu harus diutamakan dan saya sudah memaklumkan perkara ini kepada MB, mungkin dia masih baharu untuk jawatan itu kita berikan sedikit masa untuk dia steady sikit.

“Malahan nak cadangkan wakil-wakil rakyat pembangkang (UMNO/BN) boleh diberi sokongan dari segi infrastruktur menerusi pejabat daerah dan sebagainya, apapun saya serahkan kepada kerajaan negeri untuk membincangkan secara terperinci,” katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Rehabilitasi Cheras di sini petang tadi.

Beliau melawat Datuk Seri Anwar Ibrahim sekitar pukul 4.55 petang sebelum meluangkan masa kira-kira sejam 50 minit membincangkan pembentukan kabinet dan kerajaan negeri PH.

Dalam perkembangan berkaitan, Tambah Ahli Parlimen Pagoh itu lagi, kerajaan kali ini merupakan kerjaaan baharu yang pro rakyat.

“Dasar kita ialah pro rakyat dan walaupun mereka mempunyai ideologi berbeza itu hak mereka tetapi dari segi nikmat pembangunan mesti dikongsi secara saksama dan itulah komitmen kita sejak berkempen lagi.
itu komitmen kita sejak kita berkempen.

“Kita tidak boleh mengambil tindakan menghukum rakyat kerana itu bukan objektif pakatan harapan, itu amalan kerajaan lepas (BN),” tegas beliau.

Ditanya apakah peruntukan kewangan akan disalurkan kepada wakil rakyat pembangkang di Johor, beliau lantas menjawab:”Bukan ADUN, tapi untuk pembangunan.”

“Kita tidak perlu bagi duit pada dia, yang penting pembangunan untuk kawasan itu mungkin boleh dilaksanakan oleh pejabat daerah tapi infact kalau ia kawasan pembangkang dan langsung tidak ada peruntukan maka ia akan menjadi ketidaksamarataan pembangunan yang akhirya mengakibatkan rakyat susah,” ujar beliau. – MalaysiaGazette