Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bercakap pada sidang media berkaitan perkembangan terkini di Yayasan Kepimpinan Perdana, Presint 8, Putrajaya. foto AFIQ RAZALI, 16 MEI 2018.
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bercakap pada sidang media berkaitan perkembangan terkini di Yayasan Kepimpinan Perdana, Presint 8, Putrajaya. foto AFIQ RAZALI, 16 MEI 2018.

PUTRAJAYA – Kerajaan Pakatan Harapan akan menamatkan kontrak perkhidmatan 17,000 kakitangan lantikan politik kerajaan sebelum ini.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tindakan tersebut merupakan salah satu strategi untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan. 

“Kita dapati bahawa 17,000 adalah lantikan politik  yang kita perlu hentikan. 

“Ada lagi perbelanjaan yang kita sedang kaji untuk kurangkan kos kerajaan,” katanya pada sidang media hari ini. 

Mahathir berkata, kakitangan lantikan politik kanan yang didapati melakukan salah guna kuasa akan dikenakan tindakan penggantungan. 

“Bagi yang senior pula, yang disyaki melakukan salah guna kuasa kita akan berikan mereka cuti atau kita gantung bergantung kepada tindakan yang kita perlu lakukan untuk buang mereka daripada kerajaan,” tambahnya. – MalaysiaGazette