TERKINI : Konvoi Najib dan Rosmah Dari Pekan Selamat Sampai

247
0

Bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak tiba dari Pekan, Pahang di kediaman beliau di Jalan Langgak Duta di sini pukul 1.15 petang ini.

Ketika memasuki laluan ke kediamannya, Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang menaiki kereta Toyota Vellfire putih diiringi oleh kenderaan polis pengiring. Mereka berdua dikatakan bertolak dari Pekan pukul 8.30 pagi tadi.