Tun Dr Mahathir Mohamad bergambar dengan barisan Kabinet di Putrajaya.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempengerusikan kali pertama mesyuarat Kabinet yang diadakan hari ini.

Antara yang sudah memasuki bangunan Perdana Putra adalah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Harun.

Isnin lalu, Mahathir membentuk Kabinet dengan melantik 13 Menteri Kabinet yang mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Agong, di Istana Negara.

Antara yang dilantik adalah Wan Azizah Wan Ismail yang memegang jawatan Menteri Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Dalam Negeri, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan dan Mohamad Sabu selaku Menteri Pertahanan.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, Rina Harun (Menteri Pembangunan Luar Bandar) dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Menteri Hal Ehwal Ekonomi).

Zuraida Kamaruddin (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan), Anthony Loke Siew Fook (Menteri Pengangkutan) dan Gobind Singh Deo (Menteri Komunikasi dan Multimedia).

Salahuddin Ayub (Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani), Kulasegaran V.Murugeson (Menteri Tenaga Manusia) dan Dr Dzulkefly Ahmad (Menteri Kesihatan). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast