KUALA LUMPUR- Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar menafikan khabar angin yang mengatakan beliau bakal berkahwin dengan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.
Katanya, perkara tersebut tidak benar dan beliau mempunyai agenda yang lebih penting iaitu mahu membangunkan negara selepas Pakatan Harapan berjaya menumbangkan kerajaan selama 60 tahun, Barisan Nasional semasa pilihanraya umum ke-14 pada 9 Mei lalu.
“Khabar angin tersebut adalah palsu dan marilah kita fokus kepada kerja yang ada sekarang iaitu menyelamatkan ekonomi Malaysia,” katanya.
Beberapa hari lalu tersebar berita kononnya lawatan rasmi pertama ibunya yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail ke Kelantan adalah untuk berbincang dengan keluarga istana berhubung perhubungan Nurul Izzah dan Sultan Muhammad.
Nurul Izzah, 38, merupakan seorang ibu tunggal dan mempunyai dua orang anak.- MalaysiaGazette