Anthony Loke
Anthony Loke.
KUALA LUMPUR – Keputusan sama ada projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dibatal atau diterusiakn belum dibincang dalam mesyuarat Kabinet.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, sekadar pemahaman beliau keputusan mengenai projek mega yang telah diperkenalkan oleh kerajaan terdahulu belum  dibincangkan oleh Jemaah Menteri setakat ini.
“Kabinet akan membincangkan (projek HSR) esok.. kamu perlu tanya kepada perdana menteri (Tun Dr. Mahathir Mohamad) esok.
“Saya pasti ia akan dibawa dan dibincang di Kabinet esok, jadi kita tunggu sahaja keputusan kabinet esok,” katanya kepada pemberita selepas melewat ke Kuil Buddha Maha Vihara di Jalan Berhala bersama Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Beliau turut ditanya mengenai dakwaan viral kononnya gaji yang dibayar kepada pengerusi Suruhanjaya Penerbangan awam Malaysia (Mavcom) sekitar RM80,000 sebulan.
Anthony yang juga Ahli Parlimen Seremban menegaskan beliau akan memberikan komen mengenai isu yang dibangkitkan itu esok.
“Kita tahu ia tidak perlu disiasat..apapun saya akan komen esok mengenainya,” ujar secara ringkas.
Dalam pada itu menyentuh mengenai sambutan hari Wesak hari ini, beliau berharap semangat toleransi sesama kaum dan berbilang bangsa di negara ini diteruskan.
“Seperti kita praktikkan pada Piliha Raya Umum Ke-14 lepas, peralihan kuasa dapat berjalan dengan aman dan damai.
“Harap toleransi dan kepelbagaian kaum dan agama ini dapat terus diraikan sepanjang masa.
“Ia bersesuaian dengan tema Wesak tahun ini iaitu masyarakat harmoni, diharap keharmonian di antara masyarakat majmuk terus terpelihara,” tegas beliau.- MalaysiaGazette