Azmin
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bakal melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor pada 19 Jun ini. foto SYAFIQ AMBAK, 13 MEI 2018

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali akan melepaskan jawatannya pada 19 Jun ini selepas dilantik sebagai Menteri Ekonomi baru-baru ini.

Dengan itu, beliau diminta menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan, esok.

“Sultan Selangor dan Datuk Seri Azmin Ali akan mengadakan pertemuan pada Selasa, 5 Jun, jam 11 pagi di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.

“Pertemuan penting ini adalah untuk membincangkan dan menyelesaikan masalah berkaitan pentadbiran negeri Selangor sebelum Datuk Seri Azmin pergi menunaikan umrah selama seminggu bermula pada hari Rabu, 6 Jun 2018,” kata setiausaha sulit kepada Sultan Selangor di dalam satu kenyataan di sini hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast