Hadi, Mahathir
Datuk Seri Abdul Hadi Awang berbual dengan Tun Dr Mahathir Mohamad di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menerima kunjungan Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang dan Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di pejabatnya di Perdana Putra.

Perkara tersebut disahkan oleh Mahathir menerusi akaun Facebooknya beberapa jam yang lalu.

“Saya berbesar hati menerima kunjungan YAB Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Presiden Pas, Datuk Seri Hj Hadi Awang serta Datuk Mustafa Ali di pejabat saya pagi tadi,” katanya.

Turut serta dalam kunjungan itu adalah bekas Pengarah Pilihanraya Pas, Datuk Mustafa Ali.

Memetik sebuah portal berita, kunjungan Hadi itu adalah membincangkan isu royalti minyak selain merapatk an hubungan kerajaan negeri dan pusat. – MalaysiaGazette