Shujaat Bukhari

KASHMIR – Seorang wartawan dan editor akhbar terkemuka di Kashmir, Shujaat Bukhari, telah ditembak mati oleh lelaki bersenjata yang tidak dikenali di Srinagar.

Bukhari, penyumbang di BBC News, diserang di dalam keretanya berhampiran pejabat akhbar Rising Kashmir.

Dia yang dikejarkan ke hospital tetapi kemudian disahkan meninggal dunia.

Salah seorang pengawalnya juga terbunuh dalam serangan itu dan seorang lagi cedera parah, kata polis kepada BBC.

Tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab ke atas pembunuhan itu tetapi polis mengesyaki dilakukan oleh kumpulan militan.

Bukhari, 50-an pernah menulis mengenai ancaman kepada wartawan Kashmiri dalam artikel pada tahun 2016 untuk BBC News.

“Ancaman terhadap kehidupan, intimidasi, serangan, penangkapan dan penapisan menjadi sebahagian daripada kehidupan seorang wartawan tempatan biasa,”kata Bukahri dalam tulisannya.

Beliau terkenal di Kashmir dan sebelum ini merupakan wakil wartawan untuk akhbar India, The Hindu. – MalaysiaGazette