Malaysia Airlines Bhd (MAB) kini menawarkan diskaun sehingga 40 peratus bagi tiket-tiket kelas perniagaan dan ekonomi ke lebih 60 destinasi bersempena promosi Jualan Pertengahan Tahun.
Malaysia Airlines Bhd (MAB) kini menawarkan diskaun sehingga 40 peratus bagi tiket-tiket kelas perniagaan dan ekonomi ke lebih 60 destinasi bersempena promosi Jualan Pertengahan Tahun.

KUALA LUMPUR – Diskaun sehingga 40 peratus bagi tiket-tiket kelas perniagaan dan ekonomi ke lebih 60 destinasi, tentunya tawaran menarik bersempena promosi Jualan Pertengahan Tahun Malaysia Airlines Bhd (MAB).

Tawaran bermula hari ini sehingga 27 Jun membabitkan tempoh perjalanan antara 23 Jun tahun ini sehingga 31 Mei, 2019 untuk perjalanan domestik manakala bagi penerbangan luar negara pada 26 Jun, 2018 sehingga 31 Mei, 2019.

MAB dalam kenyataannya berkata, pembelian bagi Jualan Pertengahan Tahun MAB itu boleh dibuat menerusi laman sesawang www.malaysiaairlines.com. – MalaysiaGazette