TERKINI : “Konspirasi Zeti dan Mohd Shukri Perangkap Najib” – Raggie Jessy

363
0

Bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull didakwa bersubahat memerangkap Datuk Seri Najib Razak berhubung dana RM2.6 bilion.

Ketua Pergerakan Malaysiaku Tanahairku, Raggie Jessy mendakwa, bekas Perdana Menteri itu diaibkan apabila kesahihan sumbangan Kerajaan Arab Saudi itu dipertikaikan sedangkan Zeti mengetahui identiti pihak yang memindahkan dana tersebut.

“Saya mengesyaki berlaku satu konspirasi di antara Zeti dengan Mohd Shukri untuk mengaibkan Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor.