Pengambaran Hantu Kak Limah Balik Kampung 3
Pengambaran Hantu Kak Limah Balik Kampung 3

KUALA LUMPUR – Baru-baru ini tersebar video pelakon filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, Delimawati atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Limah memakai persalinan pengantin dan berarak dengan seorang jejaka muda.

Dikatakan, video persandingannya itu turut dipersoalkan oleh ahli keluarga Kak Limah yang sama sekali tidak mengetahui majis persandingan dan perkahwinan yang diadakan Kak Limah.

Kak Limah yang mencetuskan tanda tanya dan mengejutkan pelbagai pihak itu kemudiannya mengakui ianya benar, namun hanya salah satu babak untuk mempromosikan filem terbaharunya Hantu Kak Limah 3.

“Pada awalnya ada ahli keluarga yang percaya dan bertanya mengapa saya rahsiakan pertunangan. Tapi bila dah jelaskan mereka faham.

“Bila dah berusia ni, malu jugalah bila pihak produksi minta saya berarak, bersanding tapi bagi saya, ini sebahagian dari kerja dan komitmen saya.

“Lagipun memang Kak Limah benar-benar berkahwin dengan Mr. K atau Khuda dalam filem ini nanti,” katanya.

Selain Delimawati, filem tersebut turut dibintagi Datuk Awie, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Datuk Seri Vida, Ropie, Sabri Yunus dan Erra Fazira.

Hantu Kak Limah 3 terbitan Infinitus dan Astro Shaw bakal menemui penonton di pawagam bermula 9 Ogos ini.

Dalam pada itu, ditanya mengenai kehidupan peribadinya, Delimawati berkata, dia sudah beberapa tahun bergelar ibu tunggal.

Namun dia tidak menolak sekiranya bertemu jodoh lagi dah berharap mendapat pasangan hidup yang mempunyai pegangan agama yang baik.-MalaysiaGazette