Klinik 1Malaysia ditukar nama kepada Klinik Komuniti sebagai langkah penjenamaan semula.

Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, penukaran nama klinik tersebut sejajar dengan sasaran kementerian untuk menjadikan komuniti sebagai matlamat dalam memberikan perkhidmatan terbaik.

Malah, klinik tersebut akan dinaik taraf dari segi penambahbaikan struktur bagi memberi keselesaan kepada petugas dan juga pesakit yang berkunjung di klinik itu.