Gunung Agung ketika berada amaran tinggi pada Februari lalu. foto Agensi

BALI – Perubahan arah angin membolehkan lapangan terbang antarabangsa Bali dibuka semula selepas ditutup pada hari Jumaat disebabkan oleh abu dan asap gunung berapi Gunung Agung.

Beberapa syrikat penerbangan menunda atau membatalkan penerbangan ke dan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai Denpasar di pulau pelancongan Indonesia itu selepas peningkatan aktiviti gunung berapi.

Penundaan itu telah menjejaskan perjalanan ribuan pelancong.

Abu gunung berapi boleh menghalang penglihatan, merosakkan kawalan penerbangan dan akhirnya menyebabkan enjin pesawat rosak.

Lebih 300 penerbangan telah dibatalkan, menurut pihak berkuasa lapangan terbang itu.

Penerbangan telah dibuka pada petang tadi. – MalaysiaGazette