Dari kiri Ahli Majlis Social Media Chambers, Padma Viloshana Rubhan, Bendahari Social Media Chambers, Vivianne Goh, Naib Presiden Social Media Chambers, KV Anand Vadivelu, Naib Presiden Social Media Chambers, Syed Khalid Aljuned, Naib Presiden Social Media Chambers, Ned Mohammed, Penolong Setiausaha Social Media Chambers, Fauziah, dan Setiausaha Social Media Chambers, Dailan Muhd Rawi selepas sesi temubual bersama Malaysia Gazette di MyEvents International, Taman Perindustrian Kinrara, Puchong, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 02 JULAI 2018.
Dari kiri Ahli Majlis Social Media Chambers, Padma Viloshana Rubhan, Bendahari Social Media Chambers, Vivianne Goh, Naib Presiden Social Media Chambers, KV Anand Vadivelu, Naib Presiden Social Media Chambers, Syed Khalid Aljuned, Naib Presiden Social Media Chambers, Ned Mohammed, Penolong Setiausaha Social Media Chambers, Fauziah, dan Setiausaha Social Media Chambers, Dailan Muhd Rawi selepas sesi temubual bersama Malaysia Gazette di MyEvents International, Taman Perindustrian Kinrara, Puchong, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 02 JULAI 2018.

KUALA LUMPUR – Statistik 80 peratus daripada 24.1 juta pengguna internet di negara ini adalah pengguna media sosial menjadikan ia kini menjadi keutamaan kepada rakyat pada hari ini.

Dalam era masyarakat yang sentiasa mengejar pembangunan dan untuk merealisasikan impian ke arah kehidupan lebih moden, internet mencetuskan gelombang perubahan dalam proses sosialisasi dan kehidupan masyarakat.

alt MGF02072018_SOCMED_07
Naib Presiden Social Media Chambers, KV Anand Vadivelu bercakap ketika sesi temubual bersama Malaysia Gazette di MyEvents International, Taman Perindustrian Kinrara, Puchong, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 02 JULAI 2018.

Justeru itu, sekali lagi Majlis Media Sosial Malaysia (Social Media Chambers) kembali menganjurkan Minggu Media Sosial Malaysia (MSMW) 2018 atas permintaan pelbagai pihak.

MSMW buat kali ke-7 ini dilihat berupaya menjadi satu platform terbaik bagi menyampaikan dan berkongsi maklumat mengenai media sosial di antara pengamal tempatan dan luar negara.

Menurut Naib Presiden Majlis Media Sosial Malaysia, KV. Anand Vadivelu, kepesatan dunia jalur lebar dan kedudukan Malaysia sebagai negara ke-9 dunia paling aktif di laman sosial, kepentingan penggunaan internet kini sangat penting.

Jelasnya, penganjuran MSMW sebenarnya adalah usaha berterusan dari pihak mereka dalam memberi pendedahan, pengetahuan serta perkongsian maklumat media sosial seperti Facebook, Twitter, Google dan sebagainya.

“Dalam statistik antarabangsa awal tahun ini mendedahkan Malaysia juga berada di tangga kelima dunia dari segi pengunaan e-dagang terbanyak, dengan 40 peratus penduduk Malaysia pernah mengadakan transaksi atas talian.

“Kepentingan penggunaan internet sebenarnya sudah menjadi ruji harian kepada rata-rata rakyat kita di negara ini, penganjuran ini merupakan satu-satunya di negara ini malah seluruh rantau.

“Menerusi program ini, kita dapat berbincang mengenai etika dan isu kebebasan dalam dunia siber agar tidak disalahgunakan oleh pihak tertentu.

“Penganjuran MSMW 2018 dilihat mampu merapatkan hubungan pengamal media sosial di dalam dan luar negara malah dapat me­ningkatkan kefahaman rakyat tentang peranan media sosial dalam masyarakat,” katanya kepada Malaysia Gazette hari ini.

Anand menambah, pelbagai program bermaanfat yang telah direka khas sejak setahun lepas akan dilaksanakan sepanjang tiga termasuk persidangan kemuncak blogger dan bengkel selain daripada pertukaran maklumat serta pengalaman.

“MSMW merupakan medium terbaik kepada pengamal media untuk berhimpun bagi membincangkan isu-isu terkini mengenai media sosial.

“Program kita bukan sahaja mampu mendidik masyarakat bahkan menangani isu-isu generasi muda yang terlalu terpengaruh dengan fahaman dan ideologi yang disampaikan melalui media sosial seperti Facebook dan Twitter.

“Acara ini mampu membina rangkaian hubungan sosial melalui cara yang mudah di samping mempromosi dan menyokong penggunaan media sosial secara berdisiplin dan beretika,” ujarnya.

Seramai 27 penceramah dari dalam dan luar negara ditampilkan menerusi MSMW 2015 antaranya dari India, Singapura, Filipina, Australia, Arab Saudi, Vietnam, Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia.

MSMW 2018 yang akan berlangsung selama tiga hari bermula 4 Julai ini di di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) dengan penyertaan setakat ini seramai 290 peserta pelbagai lapisan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast