TERKINI : Zahid Hamidi Elak Ulas Tangkapan Najib

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi enggan mengulas lanjut mengenai pertanyaan media berhubung tangkapan bekas majikannya, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau yang keluar dari perkarangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) buat kali kedua berhubung siasatan terhadap siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Yayasan Akal Budi berkata beliau tidak ada maklumat lanjut mengenai kesahihan tindakan SPRM itu.