Neymar

LONDON – Real Madrid pantas menepis khabar angin bahawa kelab itu telah mengemukakan bidaan sebanyak 310 juta pound sterling (RM1.6 bilion) ke atas Neymar.

Metro melaporkan, penafian itu dibuat selepas stesen TV Sepanyol, TVE melaporkan mendakwa Los Blancos telah menawar bidaan rasmi terhadap bintang Brazil itu.

Namun Real mengambil langkah drastik menafikan dakwaan itu dengan mengeluarkan satu kenyataan rasmi.

“Kami mengesahkan maklumat itu palsu. Real Madrid tidak membuat sebarang tawaran kepada PSG atau kepada pemain tersebut.

“Real Madrid terkejut dengan laporan TVE kerana menyiarkan berita tidak benar,” kata kelab itu.

Neymar yang sedang memperkuat Brazil pada aksi Piala Dunia dipercayai berminat untuk berhijrah ke Santiago Bernabeu. – MalaysiaGazette