Wakil MBOR, Gillian Oii (tiga kiri) menyampaikan sijil The Malaysia Book Of Records kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull (dua kanan) sambil disaksikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (tiga kanan) pada program Walk Stop Talk di Dataran DBKL, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 07 JULAI 2018

KUALA LUMPURĀ – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull mengesahkan hampir 100 peratus bukti dalam negara berkaitan 1MDB sudah diperoleh pihaknya.

Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya kini giat mengumpul bukti kes yang sama dari luar negara untuk melengkapkan kertas siasatan.

“Sebanyak 50 peratus kita sudah siap local evidence (bukti dalam negara) sekarang tengah dapatkan bukti dari luar negara.

“Maksudnya 50 peratus dari Malaysia sudah siap sepenuhnya (hampir 100 peratus) lagi 50 peratus lagi bukti kita tengah cari dari luar negara,” katanya pada sidang media selepas Program Walk Stop Talk: Six Hours Quarter Million Messages, di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataannya semalam bahawa siasatan berhubung kes 1MDB telah 50 peratus selesai.

Sebelum ini, SPRM telah memanggil tiga individu bagi memberi keterangan berhubung kes 1MDB iaitu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan anak tiri Najib, Riza Aziz.

Terbaharu Riza yang juga produser filem Hollywood dipanggil ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya, semalam untuk disoal siasat bagi kali keempat dan kali ini keterangannya diambil hampir sembilan jam. – MalaysiaGazette