TERKINI: Riza Aziz Enggan Layan Media Selepas 9 Jam Disoal Siasat

PUTRAJAYA – Kenderaan yang dipercayai membawa anak tiri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Riza Aziz dilihat meninggalkan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas memberikan keterangan dipercayai berkaitan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) buat kali keempat di Putrajaya.