Rody Kristal dan Nur Izwani . foto Twitter

KUALA LUMPUR – Gitaris kumpulan Kristal, Rody berkongsi berita gembila apabila bakal bergelar selepas isterinya, Nur Izwani Azman kini hamil anak pertama.

Menerusi Instagramnya, Rody atau Mohd. Rodi Baharudin melahirkan rasa syukur kerana tidak menyangka bakal diberi peluang bergelar seorang bapa pada usia 32 tahun.

“Assalamualaikum semua… Alhamdulillah, syukur pada Allah aku bakal menjadi daddy tidak lama lagi.

“Tidak pernah terfikir semua ini akan terjadi dalam hidupku, di usia 32 tahun aku telah dikurniakan isteri dan seorang anak,” tulisnya.

Rody dan Nur Izwani yang juga pengaja gol futsal kebangsaan berkahwin pada 27 April lalu di Kulai, Johor.

Sementara itu, Rody turut memberitahu isteri dan kandungannya berada dalam keadaan baik.

Rody berkata, dia dan isteri tidak sabar untuk menerima kehadiran orang baharu dalam hidup mereka.

“Doakan kandungan isteriku dan anakku sihat… Moga isteriku @niena_azmann kuat menjalani proses sebagai mummy…!

“Baby jangan nakal-nakal ya.. rehat elok-elok kat dalam dulu ok… Insya_Allah nanti keluar kita pergi jalan-jalan. Syukur Alhamdulillah… #mamabolobolo #papabolobolo,” tulisnya lagi. – MalaysiaGazette