TERKINI: Jangan Membazir di ‘Open House’ – Wan Azizah

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Azizah mengingatkan warga Selangor agar tidak mengamalkan pembaziran.

Dalam majlis Minum Petang Aidilfitri Dewan Undangan Negari (DUN) Batu Tiga, beliau berkata bukan setakat aspek kebersihan sahaja yang perlu diutamakan bahkan juga aspek pembaziran.

“Kita mestilah memikirkan budaya jangan membazir kerana bulan Ramadhan yang lepas kita telah membazir (dari aspek makanan).

“Kita Malaysia terutamanya ada sisa pepejal Yang DiPertua (YDP-YDP) selalu cakap tentangnya kita mahu membaiki kebersihan,” katanya ketika menyampaikan ucapan ringkas.