Pengerusi KTMB, Datuk Nawawi Ahmad bercakap kepada media selepas Majlis Rumah Terbuka Hari Raya KTMB di Ibu Pejabat KTMB, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 10 JULAI 2018.
Pengerusi KTMB, Datuk Nawawi Ahmad bercakap kepada media selepas Majlis Rumah Terbuka Hari Raya KTMB di Ibu Pejabat KTMB, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 10 JULAI 2018.

KUALA LUMPUR – Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Datuk Ir. Nawawi Ahmad mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi KTMB hujung bulan ini.

Beliau berkata demikian dalam ucapan merasmikan Majlis Sambutan Hari Raya KTMB di Ibu Pejabat KTMB, Jalan Sultan Hishamuddin hari ini.

“Tindakan tersebut adalah keputusan saya sendiri bagi meletak jawatan sebagai pengendali perkhidmatan KTMB dan ingin berehat di rumah,” ujarnya.

Beliau telah berkhidmat sebagai Pengerusi KTMB mula pada Februari 2014 dan kontraknya sepatutnya habis pada tahun 2020.

“Saya berharap kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan memajukan perkhidmatan kereta api ke arah kejayaan,” katanya.

Nawawi tewas sebagai calon Barisan Nasional (BN) dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi kerusi Parlimen Langkawi pada PRU-14 lalu.- MalaysiaGazette