Keputusan kerajaan berhubung projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) perlu mengambil kira kebajikan 7,000 pekerja di jajaran rel berkenaan di Terengganu.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong mendedahkan, apabila berlaku pengecilan skala projek serta pengurangan skop kerja sudah semestinya menyebabkan kos pembinaan menurun berbanding perjanjian asal.- Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 2,250 pekerja tempatan yang terlibat secara langsung dalam Laluan Rel Rangkaian Timur (ECRL) mula kehilangan kerja selepas projek itu digantung kerajaan.

China Press melaporkan, selepas penggantungan projek itu selama seminggu, China Communications Construction Co. (CCCC), kontraktor utama projek itu, mula memberhentikan pekerjanya secara berperingkat.

Sumber memberitahu, pemberhentian kerja peringkat awal membabitkan pekerja di kem yang majoritinya merupakan orang Melayu.

Beberapa pejabat telah mengadakan mesyuarat berasingan memaklumkan pemberhentian berkenaan kepada pekerja yang terlibat.

“Ada pekerja yang menangis selepas mengetahui projek mega dan peluang yang besar ini berakhir begitu sahaja,” kata sumber.

Walau bagaimanapun,  jumlah pekerja yang telah diberhentikan dan bakal diberhentikan belum diketahui pada masa ini.

Kementerian Kewangan pada 3 Julai lalu mengeluarkan Notis/Arahan Penggantungan Kerja dan Perkhidmatan bagi tiga projek berbilion ringgit iaitu Saluran Paip Pelbagai Produk (MPP), Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TSGP) dan ECRL.

Kontraktor utama ECRL, CCCC telah melahirkan rasa kecewanya akan penggantungan itu yang menjejaskan 2,250 pekerja tempatan serta ratusan syarikat pembekal, perunding dan subkontraktor projek mega itu. – MalaysiaGazette

Kerja-kerja projek ECRL digantung