Wan Saiful Wan Jan
Wan Saiful Wan Jan

KUALA LUMPUR – Wan Saiful Wan Jan nafi pelantikannya sebagai Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melanggar manifesto Pakatan Harapan (PH).

Beliau sebaliknya berkata,  janji untuk melantik golongan profesional dan mengelakkan lantikan politik dalam manifesto PH sebelum ini hanya tertakluk kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan PTPTN bukan GLC.

PTPTN merupakan sebuah badan berkanun yang fungsinya berbeza, katanya.

“Apabila kita buat keputusan di mana pelantkan dalam GLC mestilah perlantikan berdasarkan profesionalisme, kita bezakan antara GLC dengan badan berkanun.  

“PTPTN adalah badan berkanun dibangunkan atas matlamat dan  agenda politik untuk bantu masyarakat menyelesaikan masalah sosial ekonomi dan sebagainya, ia (PTPTN) tak  tak berfungsi sebagai GLC,” katanya. 

Pelantikan Wan Saiful sebelum ini dipertikaikan oleh veteran DAP Dr. Boo Cheng Hau.

Untuk rekod, Wan Saiful adalah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi serta Timbalan Pengerusi Biro Strategi dan Dasar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). 

Beliau juga calon PH kerusi Parlimen Pendang pada PRU-14 namun kalah kepada calon Pas, Awang Solahudin Hassan.-MalaysiaGazette