TOKYO – Harga minyak menyusut hari ini selepas kumpulan industri melaporkan inventori minyak mentah Amerika Syarikat meningkat.

Niaga hadapan Brent turun AS$0.40 sen, atau 0.6 peratus kepada AS$71.76 setong pada 0027 GMT.

Minyak Amerika Syarikat, West Texas Intermediate juga jatuh sebanyak AS$0.27 kepada AS$67.82.

Penanda aras itu terus kukuh selepas penurunan besar pada hari Isnin dan minggu lepas kerana gangguan bekalan di Venezuela.

Penganalisis juga meramalkan penurunan 3.5 juta tong dalam inventori Amerika Syarikat untuk minggu ini hingga 13 Julai.

Namun begitu, lebihan bekalan cepat pulih, dengan peningkatan lebih daripada 600,000 tong dalam stok minyak mentah Amerika Syarikat, menurut Institut Petroleum Amerika lewat petang semalam. – MalaysiaGazette