Nik Nazmi Nik Ahmad
Nik Nazmi Nik Ahmad

KUALA LUMPUR – Ketua Angkatan Muda Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad mengesahkan dirinya tidak akan mempertahankan jawatan beliau pada pemilihan parti itu Ogos depan.

Jelas Ahli Parlimen Setiawangsa itu, usianya yang sudah menjangkau untuk jawatan itu dalam Perlembagaan parti menyebaban beliau tidak mempertahan jawatan tersebut.

“Usia saya tidak izinkan saya pertahan jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan seperti sebelum ini. Perlembagaan kita tidak seperti parti lain yang benarkan apabila jangkau umur lebih 35 tahun untuk jawatan ini.

“Dalam sayap Pemuda, anda tidak bertanding dengan usia itu. Ketika ini saya sedang mempertimbang apakah antara opsyen yang ada. Saya sedang melihat pilihan-pilihan yang ada. Selain itu saya juga berbincang dengan kawan-kawan dalam dan luar parti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di lobi Parlimen selepas berbahas Perbahasan Titah Yang DiPertuan Agung hari ini.

Jelas Nik Nazmi, beliau akan mengumumkan keputusan dalam masa terdekat.

Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan diadakan pada penghujung Ogos dengan semua kertas pencalonan perlu diserahkan antara Jumaat sehingga Ahad minggu ini. –MalaysiaGazette