Khazanah
Khazanah Nasional Bhd terus mencatatkan pertumbuhan serta melindungi asetnya bagi pihak negara, dengan nilai aset bersih (NAV) meningkat kepada RM86 bilion pada 2021 daripada RM79 bilion tahun lepas.

KUALA LUMPUR- Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilantik sebagai Pengerusi Khazanah Nasional Bhd. berkuatkuasa hari ini.

Jawatan tersebut kosong sejak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatannya pada Mei lalu.

Bagaimanapun, kedudukan Pengarah Urusan yang ditinggalkan Tan Sri Azman Mokhtar yang meletakkan jawatan bersama ahli lembaga pengarah yang lain minggu lepas yang masih belum diisi.

“Pelantikan Pengarah Urusan Khazanah Nasional akan dibuat nanti,” kata Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut kenyataan tersebut, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin dilantik sebagai pengarah.

Turut dilantik adalah ahli Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Hassan Merican dan bekas Timbalan Gabenor Bank Negara, Sukhdave Singh dan Goh Chin Ying.

Sukhdave meletakkan jawatannya di Bank Negara November tahun lepas.

Minggu lepas kesemua ahli lembaga pengarah Khazanah Nasional termasuk Pengarah Urusannya menghantar surat peletakan jawatan tanpa tarikh secara mengejut.

Sebelum itu, Khazanah Nasional sering dikritik pelbagai pihak antaranya ahli CEP dan Perdana Menteri sendiri yang mendakwa sayap pelaburan negara itu telah tersasar daripada tujuan penubuhannya selain memberikan gaji yang terlalu tinggi. -MalaysiaGazette

 

Khazanah sahkan peletakan jawatan 9 lembaga pengarah