Donald Trump. foto Agensi

LONDON – Tehran menolak pelawaan Donald Trump untuk mengadakan perbincangan tanpa parasyarat kerana beranggapan ia adalah usaha yang sia-sia dan hanya mimpi.

Ini kerana, kenyataan Amerika Syarikat bertentangan dan tindakannya ke atas Iran.

Presiden Iran, Hassan Rouhani mengatakan penolakan Trump terhadap perjanjian nuklear antarabangsa yang dicapai pada tahun 2015 adalah “tidak sah” dan Iran tidak akan mudah menyerah kepada kempen baru Washington untuk menyerang eksport minyak negara itu.

Pada bulan Mei lalu, Amerika Syarikat telah menarik semula perjanjian pelbagai hala berhubung program nuklear yang diselesaikan sebelum pelantikan Trump.

Menteri Luar Iran berkata, Washington sepatutnya menyalahkan diri sendiri kerana pengakhiri perbincangan apabila ia menarik balik perjanjian nuklear.

“Amerika Syarikat hanya boleh menyalahkan diri sendiri kerana menarik balik dan meninggalkan meja perbincangan…ancaman, sekatan dan perhubungan awam tidak boleh digunakan,” kata Mohammad Javad Zarif menerusi Twitter.

Jurucakap Kementerian Luar Negeri itu berkata, tawaran Trump untuk berunding dengan Teheran bertentangan dengan tindakannya apabila Washington telah mengenakan sekatan ke atas Iran dan memberi tekanan kepada negara lain supaya tidak menjalankan perniagaan dengan Tehran. – MalaysiaGazette