Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar hari ini menafikan beliau memberikan Kelulusan Permit (AP) bagi mengeksport pasir sungai secara rundingan terus kepada empat syarikat yang didakwa milik kroninya.
Dr. Xavier Jayakumar

KUALA LUMPUR – Penjualan tanah pegangan bebas di kawasan Forest City kepada orang asing akan diteruskan oleh kerajaan Pakatan (PH).

Perkara itu ditegaskan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar sambil memberitahu, langkah itu selaras dengan peraturan dikeluarkan oleh pihak Majlis Tanah Negara bermula tahun 2014.

Menurutnya, kebenaran itu selaras peruntukkan seksyen 344 (b) dalam Kanun Tanah Negara yang menyatakan pihak berkuasa negeri mempunyai hak memberi kebenaran kepada warga asing untuk memiliki tanah itu.

Ia bagaimanapun tertakluk kepada beberapa garis panduan perolehan tanah yang dikeluarkan unit perancangan ekonomi yang dipersetujui Majlis Tanah Negara.

Xavier berkata demikian menjawab soalan Ahli Parlimen (PH-Pasir Gudang) Hassan Abdul Karim.

Dalam pertanyaannya, Hassan ingin tahu pendirian Putrajaya dibawah kerajaan baharu berhubung keputusan kerajaan negeri meluluskan pemberian tanah pegangan bebas yang dijual kepada warga asing terutamanya di Forest City sama ada bercanggah dengan dasar tanah negara.

Sementara itu, dalam perkembangan sama Xavier juga menegaskan, sekiranya pihak kerajaan ingin menghalang penjualan tanah pegangan bebas di Forest City imemerlukan pindaan akta.

“Kalau nak buat sesuatu kita kena tukar akta, sekarang akta beri kuasa kepada mereka (warga asing) untuk miliki tanah free hold,” ujarnya. – MalaysiaGazette