TERKINI : “DAP Akan Mulakan Dulu Guna Logo Baharu Pakatan Harapan” – Salahudin

Logo baharu Pakatan Harapan (PH) akan digunakan untuk pertama kali pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong, kata Naib Presiden Majlis Presiden PH (MPPH), Datuk Salahudin Ayub.

Beliau berkata, parti itu akan mengibarkan logo berkenaan, yang diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) pada Hari Penamaan Calon 18 Ogos hingga hari mengundi 8 September ini.