Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bercakap kepada media pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 15 OGOS 2018.
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bercakap kepada media pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 15 OGOS 2018.

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tan Sri Razaleigh Hamzah berkata semua ahli parti tidak boleh mempersoalkan hak Datuk Seri Najib untuk bersuara dalam parti.

Ujarnya, bekas Presiden UMNO itu bebas bersuara kerana beliau masih lagi ahli politik yang memegang jawatan Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

“Dia boleh bercakap, boleh bersuara. Kita tidak hal untuk halang. Soal kena dakwa itu, orang lain pun kena dakwa juga. Tapi masih pegang jawatan,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen.

Tengku Razaleigh merujuk kepada kenyataan Najib yang berkata beliau tidak pernah campur tangan dalam urusan parti selepas meletakan jawatan selaku Presiden UMNO pada 12 Mei lalu.

Semalam, bekas Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, Najib patut menjarakkan diri dan membenarkan Datuk Seri Zahid Hamidi untuk mengemudi UMNO.

Mengulas lanjut, Tengku Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang berkata, ada sahaja bekas pemimpin UMNO yang menyuarakan pendapat masing-masing biarpun sudah tidak memegang jawatan dalam parti.

Umpamanya, Tun Dr Mahathir Mohamad yang sering menyuarakan pendapat beliau dalam UMNO biarpun sudah tidak menjadi ahli politik.

“Macam (Tun Dr) Mahathir dia tidak bertanding PRU lepas bersara begitu juga Tun Abdullah Ahmad Badawi tapi Datuk Seri Najib dia bertanding. – MalaysiaGazette