Keju purba yang ditemui di Mesir. foto: University Of Catania / Cairo University
Keju purba yang ditemui di Mesir. foto: University Of Catania / Cairo University

KAHERAH – Para saintis menemui bahan pejal berwarna putih dalam sebuah takar yang digali di Mesir yang ‘berkemungkinan sisa pejal keju purba’.

Satu kajian yang diterbitkan dalam Analytical Chemistry pada minggu ini menyatakan keju itu dibuat daripada campuran susu lembu, kambing dan kambing biori-biri.

Bahan tersebut ditemui ketika kerja-kerja penggalian yang dilakukan di Saqqara, berhampiran Kaherah, antara 2013 hingga 2014.

Ia tertanam dalam kubur Ptahmes, Datuk Bandar Memphis di Mesir pada kurun ke-19.

Kajian tersebut menemui tanda-tanda bakteria yang menyebabkan penyakit brucellosis.

Jika penuam itu disahkan, ia merupakan ‘bukti molekul bio yang pertama’ berkaitan kewujudan penyakit semasa era firaun, menurut kajian tersebut. – Agensi