KUALA LUMPUR – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan lancar setakat 8 pagi ini.

Menurut jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi Bernama di sini hari ini, aliran trafik menuju ke utara dan selatan dilaporkan terkawal dan lancar.

Sementara itu, laman twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia melaporkan aliran trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 di kedua-dua arah, juga lancar.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik, atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.- BERNAMA