CAAM

KUALA LUMPUR – Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) memaklumkan ruang udara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 akan ditutup sementara selama lima hari bermula 27 Ogos ini.

Ia berikutan pertunjukan udara yang diadakan sempena perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan 2018 bermula 9 hingga 10.30 pagi sehingga 31 Ogos.

“Sempena perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan 2018 yang akan diadakan pada 31 Ogos 2018 di Putrajaya, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan mengadakan petunjukan udara sebagai sebahagian daripada acara sambutan tersebut,” kata kenyataan Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan Hari Malaysia 2018 hari ini.

Penutupan itu akan mengakibatkan penjadualan semula waktu penerbangan mengikut waktu dan tarikh berikut.

Sehubungan itu, orang ramai disarankan menghubungi syarikat penerbangan masing-masing untuk rujukan untuk mengelakkan sebarang kesulitan,” ujar kenyataan itu lagi. – MalaysiaGazette