TERKINI : Sia-sia Jika Pengundi Pilih PAS – Halimey Abu Bakar

Sia-sia jika pengundi memilih calon Pas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia, kata calon Pakatan Harapan Halimey Abu Bakar.

Jelasnya ini kerana pertambahan satu ADUN di negeri itu tidak akan memberi perbezaan besar dan suara mereka tidak didengari kerana Selangor ditadbir oleh Pakatan Harapan.

“Bagi saya kalau kita tengok sekarang ini pembangkang di Selangor hanya lima orang sahaja, jadi saya rasa majoriti di dalam sidang DUN pun tidak mencukupi untuk mereka bersuara, jadi saya rasa tidak ada maknanya kalau kata suara dia akan diangkat, tidak ada makna langsung.

“Jadi saya rasa kalau calon lain selain dari PH, tidak ada suara yang akan didengari pun, sebaiknya pilih calon dari kerajaan yang memerintah sekarang iaitu Pakatan Harapan,” katanya kepada pemberita ketika sidang media.