Kementerian Pengangkutan sedang mengkaji permintaan syarikat penyedia perkhidmatan feri yang memohon agar tambang feri ke Langkawi dinaikkan bagi memastikan perkhidmatan lebih baik dapat diberikan kepada penumpang pada masa akan datang. 
Kementerian Pengangkutan sedang mengkaji permintaan syarikat penyedia perkhidmatan feri yang memohon agar tambang feri ke Langkawi dinaikkan bagi memastikan perkhidmatan lebih baik dapat diberikan kepada penumpang pada masa akan datang. 

PUTRAJAYA – Kerajaan bertegas hanya akan membayar balik sebanyak RM55 juta kepada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT)  bagi pengambilalihan dua syarikat Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) seperti yang diumumkan sebelum ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, kerajaan tidak akan membayar kurang atau lebih daripada jumlah tersebut.

Beliau menjelaskan, ini kerana langkah pengambilalihan AES itu adalah tidak terikat dengan perjanjian oleh kerajaan sebelum ini.

“Kita akan duduk berbincang dengan LTAT tentang pendirian kerajaan yang hanya akan membayar RM555 juta, tidak kurang dan tidak lebih.

“Kita tidak terikat dengan apa yang telah dijanjikan oleh pembangkang. Bagi kita, jumlah itu telah ditetapkan,” katanya pada satu sidang media di kementeriannya di sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan bekas Pengerusi LTAT Laksamana (B) Tan Sri Mohd. Anwar Mohd. Nor yang berkata, jumlah bayaran balik RM555 juta itu disifatkan tidak adil dan bercanggah dengan perjanjian konsesi yang ditandatangani, sebelum ini.

Mohd Anwar berkata, LTAT telah ditawarkan kerajaan sebelum ini untuk mengambil alih ATES Sdn. Bhd. dan Beta Tegap Sdn. Bhd. yang dianugerahkan bagi membekal, memasang serta menyelenggara 1,093 kamera AES di beberapa lokasi strategik.

Bersandarkan kajian kebolehlaksanaan dan manfaat komersial, katanya, kertas cadangan pengambilalihan itu diketengahkan dan diluluskan LTAT membabitkan Lembaga Pengarah dan panel pelaburan, sebelum mendapat persetujuan akhir Kabinet pada 2015.

Bagaimanapun, kerajaan (terdahulu) menerusi Kementerian Kewangan memutuskan untuk mengambil alih AES, yang kemudian diberi nama baharu iaitu Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) daripada LTAT pada November 2017.

“Antara persetujuannya ialah kerajaan akan membayar balik semua kos pelaburan LTAT dalam projek AES di samping pulangan berkadar 12 peratus setahun,” katanya dalam kenyataan, semalam. – MalaysiaGazette

LTAT mahu kerajaan bayar balik semua perbelanjaan ditanggung bagi AES

Patriot desak siasat kontrak berat sebelah LTAT, AES