Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook berkata, setiap siri nombor plat dijual dengan RM1 juta oleh kerajaan terdahulu kepada NGO dan pertubuhan berkenaan seterusnya akan membuka bidaan untuk nombor-nombor di bawah satu siri.

KLANG – Penjualan siri nombor plat kereta UUU adalah diluluskan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) manakala  kerajaan semasa sudah menghapuskan amalan pembidaan yang dijalankan melalui badan bukan kerajaan (NGO).

Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook berkata, setiap siri nombor plat dijual dengan RM1 juta oleh kerajaan terdahulu kepada NGO dan pertubuhan berkenaan seterusnya akan membuka bidaan untuk nombor-nombor di bawah satu siri.

Katanya, hasil pendapatan bidaan siri nombor plat berkenaan dalah milik NGO sepenuhnya.

“Memandangkan nombor plat istimewa ini telah diluluskan kerajaan terdahulu dan sudah ada ikatan perjanjian, maka kami tidak boleh buat apa-apa,” katanya kepada Sinchew Daily.

Tambah Siew Fook, beliau akan mengumumkan dalam masa terdekat siri-siri yang dijual kerajaan terdahulu kepada NGO.

Siew Fook berkata, Kementerian Pengangkutan di bawah terajunya tidak akan meneruskan amalan sama.

Jelasnya, nombor plat MALAYSIA yang dilancarkan sempena dengan sambutan hari kebangsaan pada masa ini hanya terbuka kepada penggunaan kereta rasmi kerajaan.