Home Nasional Bekas ahli Parlimen Nibong Tebal meninggal

Bekas ahli Parlimen Nibong Tebal meninggal

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Osman meninggal dunia pukul 2:07  pagi di Hospital Ampang, Kuala Lumpur.

Perkara tersebut disahkan oleh adik ipar arwah yang merupakan pelakon Syatila Mevin menerusi postingnya di Instagram awal pagi tadi.

Zainal dilaporkan meninggal dunia akibat penyakit kanser darah (multiple myeloma).

“Mohon sedekahkan al-Fatihah untuk abang ipar Tilla yang baru pergi tadi, insyallah abang, syurga tunggu abang, saya sayang abang @dzainalabidin, Allahuakhbar,” tulis Syatila. 

2A841A74-9795-4596-90E3-77111212E29AZainal merupakan bekas ahli Parlimen Nibong Tebal meninggal pada usia 58 tahun meninggalkan lima orang anak dan isteri Nur Syafiqa Amirol Melvin 29 tahun.

Jenazah Allahyarham dijangka dibawa pulang ke Pulau Pinang dan untuk dikebumikan selepas solat Asar hari ini di tanah perkuburan Masjid Sungai Acheh. -MalaysiaGazette