Lim Lip Eng
Lim Lip Eng

BANGI – MCA yang kini bertanding menggonakan logo parti dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong digesa meminta ahlinya melepaskanjawatan Senator di Dewan Negara.

Ahli Parlimen Pakatan Harapan Kepong, Lim Lip Eng berkata, MCA sepatutnya malu kerana menyandang jawatan ahli Dewan Negara atas tiket Barisan Nasional(BN).

“Secara realiti apa yang kita nampak MCA bertanding atas logo parti sendiri dan bukan BN yang jelas kelihatan ia bukan lagi bersama BN.

“Tak malukah masih pegang kedudukan Senator berstatus BN.

“Saya nak minta MCA menjelaskan tidak mempunyai perasaan malu dan tanpa segan pilu pegang jawatan Senator yang diberikan BN di Dewan Negara,” katanya dalam sidang media khas kempen calon PH Wong Siew Ki di Bilik Gerakan PRK Balakong di Batu 9 Cheras.

Tambahnya, selepas mengumumkan bertanding menggunakan logo sendiri pada PRK Balakong, parto itu dilihat tidak boleh meneruskan ‘hidup’ keseorangan tanpa BN.

MCA kini hanya mampu hidup dengan memainkan politik bersifat kebencian dan perkauman, ujarnya.

“Senator MCA mengangkat sumpah di Dewan Negara sebagai ahli Dewan Negara BN bukan atas nama MCA.

“Langkah terbaik yang perlu MCA buat ialah minta senator ‘MCA’ untuk melepaskannya segera,” tegas beliau. – MalaysiaGazette