Husam Musa
Husam Musa

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Amanah Husam Musa akan mengangkat sumpah sebagai Ahi Dewan Negara pada Isnin ini.

Parlimen Malaysia mengesahkan pelantikan itu menerusi sepucuk surat hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Parlimen Malaysia, Nadiya Haneem Zaminudun dalam surat itu memaklumkan bahawa upacara mengangkat sumpah ahli Dewan Negara akan diadakan pada 3 September ini.

Kata kenyataan itu lagi, upacara mengangkat sumpah oleh Husam pada pukul 9.30 pagi di Dewan Negara, Blok Utama, Parlimen.

Pelantikan Husam ialah lantikan baharu oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V. – MalaysiaGazette