Donald Trump
Donald Trump

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bertindak memecat peguam Rumah Putih, Don McGahn berikutan krisis pertikaian antara mereka berhubung siasatan campur tangan Rusia pada Pilihan Raya Presiden 2016.

Agensi berita, Reuters melaporkan, Trump membuat pengumuman McGahn akan meletak jawatan berkuatkuasa minggu hadapan dalam akaun Twitter beliau semalam.

Sehari sebelum pengumuman itu, Dewan Senat AS mendedahkan pencalonan Brett Kavanaugh sebagai pengganti McGahn di Mahkamah Agung.

Sebelum ini, Trump telah memberi bayangan tentang pemecatan McGahn, kurang dua minggu selepas beliau dilaporkan secara sukarela bekerjasama dengan siasatan Peguam Khas, Robert Mueller.

Mueller kini sedang menyiasat sama ada Rusia campur tangan dalam pilihan raya presiden selain sama ada kempen Trump bersubahat dengan Moscow.

Bagaimanapun Moscow telah berkali-kali menafikan sebarang campur tangan dalam pilihan raya presiden 2016 itu. – MalaysiaGazette