Manchester City mahu Spurs membayar segala kos perjalanan pengunjung ke Wembley menjelang perlawanan pada 29 Oktober ini.

MANCHESTER – Manchester City menggesa Tottenham Hotspurs membayar kos perjalanan penyokong luar yang berkunjung ke Stadium Wembley menjelang pertemuan Liga Perdana Inggeris (EPL) antara kedua-dua pasukan itu.

Kenyataan City hadir selepas kelab itu terpaksa menyusun semula jadual perlawanan liganya setelah pertemuan dengan Spurs dipindahkan ke Stadium Wembley pada 29 Oktober ini kerana stadium baharu Spurs masih belum siap.

Spurs mengumumkan pertukaran tarikh daripada 28 Oktober kepada 29 Oktober 2018.

City mahu Spurs menyediakan perkhidmatan bas percuma kepada penyokong yang mengalami kesulitan daripada segi pengangkutan untuk berkunjung ke Wembley pada hari perlawanan.

Perubahan jadual dan gelanggang juga mengakibatkan City mengejar waktu untuk menghadapi kempen Piala Carabao pada 1 November ini. – Agensi