SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

KUALA LUMPUR – Keputusan ‘nolle prosequi’ (tidak meneruskan pendakwaan) terhadap Lim Guan Eng dan Phang Li Koon tidak dirujuk kepada agensi penyiasatan iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana bimbang keputusan tersebut akan dibocorkan.

Menurut Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria, tindakannya merahsiakan keputusan tersebut sehingga ke saat akhir juga disebabkan kebimbangan akan timbul gangguan yang tidak diingini.

“Bahkan keputusan saya ini adalah terlalu sulit dan saya sendiri hanya memaklumkan kepada Peguam Negara pada jam 9.44 pagi semalam,” katanya yang juga Timbalan Pendakwa Raya di Jabatan Peguam Negara dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam SPRM ekoran keputusan tersebut menyatakan rasa amat terperanjat kerana agensi itu tidak tahu bahawa pendakwaan terhadap Guan Eng dan Li Koon tidak diteruskan. Kedua-dua tertuduh dibebas dan dilepaskan.

SPRM amat terkejut Lim Guan Eng bebas

Menurut Mohamad Hanafiah, keputusan ‘nolle prosequi’ yang disifatkan sebagai amalan biasa dalam beberapa kes sebelum ni hanya dimaklumkan kepada Pengarah Bahagian Undang-Undang dan Pendakwaan SPRM pada pukul 7.18 pagi semalam.

Masri merupakan Timbalan Pendakwa Raya dan berada di Pulau Pinang ketika itu. katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa keputusan untuk memulakan atau menamatkan pendakwaan merupakan kuasa serta budi bicara pendakwa raya. – MalaysiaGazette

SPRM tak perlu terkejut – Pemuda Pas

Tak masuk akal SPRM terkejut, kata Ram Karpal

Ada konflik antara SPRM, Peguam Negara?