Mariano Blanco . foto Agensi

MANILA – Seorang Datuk Bandar yang didakwa oleh Rodrigo Duterte terlibat dalam perdagangan dadah telah ditembak mati di wilayah Cebu.

Mariano Blanco dibunuh oleh empat penyerang yang datang ke pejabatnya dengan sebuah van putih.

Menurut laporan, empat penyerang itu telah berjaya meloloskan diri ke pejabat Blanco lalu melepaskan tembakan.

Mayat Blanco ditemui mati dalam pejabat oleh kakitangannya.

Blanco didakwa tinggal di dalam pejabatnya sebagai langkah keselamatan selepas Presiden Filipina mengaitkan beliau dengan perdagangan dadah.

Beliau yang menafikan penglibatannya telah melahirkan rasa bimbang akan keselamatannya.

Julai lalu, dua Datuk Bandar dan dua Timbalan Datuk Bandar juga dibunuh.

Pembunuhan kedua Datuk Bandar itu mendapat perhatian media ketika pembunuhan terperangkap dalam video.

Menurut laporan berita, Blanco adalah Datuk Bandar bandar ke-11 yang terbunuh sejak Duterte berkuasa pada bulan Jun 2016. – MalaysiaGazette