Antara kerosakan di Hokaido selepas dilanda gempa bumi kuat 6.7 skala Richter. foto Japanese Times

TOKYO – Sebuah stesen tenaga nuklear Jepun terpaksa bergantung pada kuasa sokongan kecemasan selepas gempa kuat di utara Pulau Hokkaido.

Tiga reaktor loji nuklear Tomari, yang dikendalikan oleh Hokkaido Electric Power ditutup sejak dilanda gempa bumi berukuran 6.7 Ritcher melanda pulau itu pada awal pagi ini, kata Kerajaan Jepun.

Bahan api stesen itu disejukkan dengan kuasa kecemasan yang dibekalkan oleh penjana diesel, Ketua Setiausaha Kabinet, Yoshihide Suga kepada pemberita.

Setakat ini tiada kelalaian radiasi berlaku pada loji tersebut.

Lebih daripada 100 orang cedera dan 19 lagi hilang ekoran gempa bumi itu.

Gangguan bekalan elektrik turut berlaku di Lapangan Terbang Chitose menyebabkan ia terpaksa ditutup.

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe yang tiba dipejabat sebelum 6 pagi tadi berkata, usaha menyelamat nyawa adalah keutamaan kerajaan dan memerintahkan semua pasukan penyelamat bersama-sama melakukan operasi menyelamat.

Sementara itu, kebakaran yang berlaku di kilang keluli Mitsubishi Steel Manufactiring di bandar Muroran sudah terkawal.

Manakala Idemitsu Kosan, firma penapis petroleum kedua terbesar telah menghentikan semua operasi dan penghantaran minyak di kilang penapis Hokaido. – MalaysiaGazette