Yemeni youths flash the V for victory sign near burning tyres as protesters demonstrate against inflation and the rise of living costs in the country's second city of Aden on September 8, 2018, which is held by forces loyal to the Saudi-backed government. UN-backed talks between Yemen's warring parties ended on September 8 before properly getting off the ground, with the UN envoy acknowledging that it had not been possible to convince the rebels to come to Geneva. "We didn't manage to get... the delegation from Sanaa to come here... We just didn't make it," Martin Griffiths told reporters in Geneva. / AFP PHOTO / Saleh Al-OBEIDI

GENEVA – Percubaan untuk mengadakan rundingan damai untuk pergolakan di Yaman pada Sabtu tertangguh selepas penantian tiga hari untuk puak perwakilan Houthi yang gagal ke persidangan Geneva.

Namun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mahu memastikan terus menekan ke arah kedamaian diplomatik ke arah itu.

PBB cuba menggandakan usahanya untuk menamatkan perang di Yemen dengan mendesak pelan kedamaian bersama Houthi dan kerajaan Yemen yang disokong Arab Saudi sert Emiriyah Arab Bersatu untuk bekerja ke arah usaha kedamaian.

Perwakilan Khas Amerika Syarikat Martin Griffiths berkata, kegagalan Houthi ke Geneva untuk rundingan pertama dalam tiga tahun ini tidak menunjukkan rundingan damai terbantut.

Griffiths yang mengadakan perbincangan tiga hari bersama delegasi kerajaan Yemen berkata, dia akan bertemu dengan Kepimpinan Houthi dalam beberapa hari terdekat ini di ibu negara Yemen iaitu Sanaa dan di Muscat, Oman.

“Kita tidak mengenakan sebarang syarat untuk mereka hadir ke rundingan damai ini,” kata dalam sidang media tanpa mengulas lebih lanjut.

Pemimpin Houthi, Abdul Malik al-Houthi, yang sedang menguasai ibu negeri Saana dan wilayah utara Yemen mendakwa sekutu kerajaan Yemen diketuai Saudi menghalang perwakilannya daripada meneruskan perjalanan ke Yemen untuk menyertai rundingan damai yang ditetapkan.

“Kami semua tahu bahawa rundingan itu tidak kesampaian disebabkan kekangan sekutu tentera Arab Saudi terhadap puak Houthi dengan menghalang perjalanan ke Geneva ,” katanya dalam ucapan yang disiarkan al-Masirah TV.

Sekutu tentera dibimbing Srab Saudi didakwa camour tangan dalam peperangan Yemen dengan Houthis pada tahun 2015 dengan harapan untuk membentuk semula kerajaan Abd-Rabbu Mansour Hadi.

Situasi kemanusiaan bertambah buruk di Yemen melibatkan kehidupan terseksa 8.4 juta penduduk dan dibebani krisis ekonomi tenat.

Sebelum ini puak Houthi menuntut jaminan PBB supaya pesawat yang dinaiki perwakilan mereka untuk menghadiri rundingan damai di Geneva tidak diperiksa oleh sekutu tentera diketuai Arab Saudi di Djibouti yang telah ditahan hampir sebulan sebelum ini.

Sekutu tentera itu mengawal ruang udara Yemen sejak 2015 lagi. – MalaysiaGazette