Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V (dua kiri) berkenan mengurniakan Anugerah Tokoh Ma'al Hijrah Peringkat Kebangsaan 2018 kepada Presiden Kolej Dar al-Hikmah, Datuk Dr. Siddiq Fadzil (dua kanan) turut kelihatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa (kiri) sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2018 di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 10 SEPTEMBER 2018.

KUALA LUMPUR – Dalam mendepani realiti dan cabaran mencorak hala tuju masa
depan, negara memerlukan kepada persiapan yang rapi dan penuh berstrategi dalam menangani isu berbangkit berkaitan agama Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Rawa berkata, langkah itu perlu dalam mengambil kira kepelbagaian adat dan budaya daripada semua lapisan masyarakat.

“Ini penting bagi mengelakkan salah faham yang berpotensi merencatkan usaha-usaha perpaduan umat seterusnya membangunkan kehidupan yang sejahtera dan harmoni.

“Sebagai agama yang bersifat rahmat kepada sekalian alam (Rahmatan Lil ‘Alamin), kepelbagaian bangsa dan agama masyarakat Malaysia harus diraikan dengan sebaik mungkin,” katanya dalam ucapan sempena Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1440H/2018M di Masjid Wilayah Persekutuan di sini malam tadi.

Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1440H/2018M dirasmikan Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sambutan Ma’al Hijrah kali ini bertemakan “Menyantuni Umat Membawa Rahmat”.

Tambah Mujahid, kerajaan Pakatan Harapan (PH) komited memberikan perhatian kepada agenda reformasi berterusan termasuk dalam aspek pembangunan Islam.

Katanya, perancangan itu seiring dengan dengan perubahan iklim pentadbiran negara dalam memacu kelangsungan pengurusan Islam yang lebih dinamik, kompeten dan berdaya saing.

“Persepsi terhadap Islam sebagai agama yang zalim, rigid dan tidak bertimbang rasa mesti diperbetulkan.

Malah selari dengan keperluan masa kini, kerangka fiqh harus dilihat dalam skop yang lebih luas lagi universal, yang berasaskan kepada realiti budaya setempat tanpa menggadaikan prinsip- prinsip asas Islam,” katanya lagi.

Pada majlis sama, Presiden Kolej Darul Hikmah, Prof. Datuk Dr. Siddiq Fadzil dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah Kebangsaan Tahun 1440H/2018M.

Beliau menerima hadiah yang rumah berjumlah RM100,000, pingat berserta sijil penghargaan. -MalaysiaGazette