R. Munusamy

KUALA LUMPUR -Pegawai Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Azis Jaman yang didakwa merakam bawah skirt seorang wanita menggunakan telefon bimbitnya telah dibebaskan dengan jaminan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, suspek yang ditahan pagi Ahad telah dibebaskan kira-kira pukul 10 malam tadi.

“Suspek berusia 47 tahun ditahan 1 tengahari semalam untuk mengambil keterangan.

“Setelah selesai diambil keterangan dia dibebaskan dengan jaminan polis 10 malam (semalam),” kata secara ringkas sebentar tadi.

Kelmarin suspek itu dipecat oleh kementerian terbabit selepas didakwa merakam bawah skirt seorang wanita menggunakan telefon bimbit di sebuah kedai cermin mata di Solaris Dutamas Sri Hartamas.

Suspek telah ditahan polis bagi membantu polis mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Azis memecat pegawai tersebut serta-merta selepas mangsa membuat laporan polis.

Katanya, perbuatan individu tersebut menjejaskan imej dan kredibiliti beliau selaku Timbalan Menteri Dalam Negeri serta Pejabat Timbalan Menteri. – MalaysiaGazette